Import, Eksport Perkhidmatan China Lebih RMB5.2T

2019-02-14 13:32:15  CRI
Share with:

Import dan eksport perkhidmatan China pada 2018 mencatat rekod baharu dengan anggaran jumlah RMB5.24 trilion (RM3.15 trilion). Eksport menyaksikan pertambahan berbanding tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 14.6% kepada RMB1.77 trilion (RM1.06), sementara import naik 10% kepada RMB3.47 trilion (RM2.09 trilion).
 
Prestasi itu meletakkan China di hadapan entiti ekonomi utama, dengan skalanya kekal kedua terbesar di dunia.

Struktur perdagangan perkhidmatan yang makin optimum telah membawa kemajuan positif dari segi pertumbuhan berkualiti.

Dalam pada itu, data terkini Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menunjukkan pendapatan sektor pelancongan pada sepanjang 2018 mencecah RMB5.97 trilion (RM3.57 trilion), 10.5% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

曹捷