China akan Terus Sumbang kepada Misi Pengaman PBB

2019-02-14 14:18:44  CRI
Share with:

Sebagai penyumbang penting misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), China telah membuat sumbangan besar dalam usaha menjaga keamanan dan kestabilan negara dan wilayah yang berkenaan, melindungi nyawa dan harta rakyat setempat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam berkata, China telah menunaikan tanggungjawab yang digalas di peringkat antarabangsa.

Semasa perasmian pameran bertemakan sumbangan tentera China terhadap misi pengaman, yang diadakan di ibu pejabat PBB baru-baru ini, Timbalan Setiausaha Agung Atul Khare menyifatkan peranan tentera Chinasebagai unik dan mustahak. Katanya, tanpa sokongan anggota seperti China, misi PBB tidak mampu membuahkan hasil sebegini cemerlang.

Sehubungan itu, Hua Chunying berkata China menghargai pujian Khare, dan bersedia bersama-sama semua pihak melaksanakan semangat Piagam PBB, di samping memelihara kedamaian dan keselamatan dunia.

Sejak 1990, China telah menghantar lebih 39 ribu anggota pengaman, membantu membina 13,000 kilometer jalan raya selain memberikan khidmat perubatan kepada rakyat di negara-negara terbabit.

胡星