Pompeo, Lavrov Bincang Hubungan Bilateral

2019-02-14 16:48:02  CRI
Share with:

Hubungan bilateral dan isu-isu antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, fokus perbualan telefon antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov kelmarin.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, Pompeo telah menegaskan semula keputusan Washington untuk mengenakan sekatan terhadap Moscow berikutan kes keracunan bekas perisik Rusia, Sergei Skripal di Britain. Pompeo sekali lagi menuduh Rusia menggunakan senjata kimia dalam insiden itu. 

Dalam perkembangan yang berkaitan, Kementerian Luar Rusia mengeluarkan kenyataan melalui laman sesawang yang memetik kenyataan Lavrov bahawa sekatan AS akan memburukkan hubungan antara kedua-dua negara, malah menjejaskan suasana di pentas antarabangsa. Beliau turut memberikan amaran kepada AS supaya jangan mencampur tangan dalam urusan domestik Venezuela. Katanya, "bantuan kemanusiaan" AS kepada Venezuela berniat untuk menjejaskan kestabilan di negara itu.

徐国玮