Seperempat Kawasan Hijau Baharu Dunia di China

2019-02-14 13:34:16  CRI
Share with:

Data satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) Amerika Syarikat menunjukkan kira-kira seperempat kawasan hijau baharu di seluruh dunia dalam tempoh antara 2000 hingga 2017 adalah di China, mendahului negara lain.

Analisis merumuskan bahawa 42% sumbangan China itu datangnya daripada penghutanan manakala 32% adalah hasil pertanian intensif. 

Dalam tempoh tersebut, keluasan kawasan hijau di seluruh dunia bertambah 5%, dengan sepertiga daripadanya disumbang oleh China dan India. 

Tiada perubahan signifikan dilaporkan dari segi jumlah keluasan tanah untuk kegunaan pertanian di China dan India pada sepanjang 10 tahun lalu, namun kawasan hijau dan pengeluaran bahan makanan di kedua-dua negara banyak meningkat.

曹捷