Sahut Seruan: Jiangsu Rombak Struktur Industri, Cari Pelabur Baharu

2019-02-14 14:09:58  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping menegaskan kepada delegasi Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Provinsi Jiangsu pada Mac tahun 2013 bahawa pengubahsuaian struktur industri perlu diteliti.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah untuk melestarikan pembangunan industri moden serta merancakkan pembangunan ekonomi yang efisien dan berkualti, secara tidak langsung meningkatkan kualiti dan kuantiti transformasi urbanisasi.

Menyahut seruan Presiden Xi, Provinsi Jiangsu terus memperhebat usahanya dalam pembangunan sosioekonomi ke taraf yang lebih tinggi.

Menurut statistik yang diumumkan baru-baru ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Jiangsu adalah sebanyak RMB9.26 trilion (RM5.58 trilion) pada tahun 2018, menyaksikan peningkatan sebanyak 6.7 peratus.

Sejak tahun 2013, nilai purata pengeluaran industri strategik baharu meningkat kepada 10 peratus setiap tahun, manakala peratusan keluaran industri teknologi tinggi dan baharu meningkat daripada 37 peratus kepada 43.8 peratus pada tahun lepas.

张弘