China Bina Sistem Jana Kuasa Batu Arang Bersih Terbesar

2019-02-14 14:31:45  CRI
Share with:

China telah berjaya menyelesaikan transformasi jana kuasa batu arang dengan pelepasan ultra rendah dan menjimat tenaga, dua tahun lebih awal daripada yang ditetapkan dalam Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-13 (2016-2020), sekali gus mewujudkan sistem seumpama yang paling besar di dunia.

Sejak 2014, China telah menggalakkan penggunaan batu arang secara bersih menerusi pelaksanaan aktif projek menaik taraf penjanaan elektrik.

Kini, jumlah pelepasan sulfur dioksida, nitrogen oksida dan jelaga setiap tahun menurun ketara, begitu juga penggunaan batu arang dalam penjanaan elektrik. Kuasa elektrik yang dijana menggunakan batu arang telah beransur-ansur menjadi bentuk tenaga yang selamat, bersih, efisien dan terjamin.

胡星