Diplomat Hubung Pembangkang Venezuela, Berita Palsu

2019-02-14 11:55:36  CRI
Share with:

China sentiasa menyokong usaha masyarakat antarabangsa untuk mendorong dialog antara pihak-pihak di Venezuela bagi mencari penyelesaian politik dalam rangka perlembagaan.
 
Dalam satu sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mengulangi kesediaan China untuk terus memainkan peranan konstruktif bagi membolehkan isu berkenaan diselesaikan secara damai. 

Baru-baru ini, The Wall Street Journal melaporkan bahawa diplomat China sedang berhubung dengan puak pembangkang di Venezuela, merundingkan projek minyak China di negara Amerika Latin itu, serta hutang USD20 bilion (RM81.3 bilion) yang perlu dibayar kepada China dan pelan pembayaran semula. 

Ditanya mengenai maklumat yang diada-adakan itu, Hua menyatakan media berkenaan diharap membuat liputan berita mengikut prinsip objektif dan adil. Berhubung isu Venezuela, China menyarankan agar penyelesaian politik dicari melalui dialog dan rundingan.

曹捷