AS Diharap Hormati Kesamarataan Pasaran

2019-02-14 16:47:17  CRI
Share with:

Kenyataan yang dibuat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo ketika dalam rangka lawatan ke Eropah Tengah dan Timur, kini menjadi tumpuan kerajaan China.

Selepas memberi amaran kepada Hungary supaya tidak menggunakan perkakasan keluaran Huawei atas alasan keselamatan, Pompeo menyatakan pula di Slovakia betapa perlunya waspada dalam urusan dengan syarikat China. Beliau turut mengingatkan Poland membatalkan kerjasama dengan China kerana ia bermanfaat bagi Washington menempatkan pangkalan tentera di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying semalam menggesa Washington supaya jangan melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai syarikat China, tanpa sebarang bukti.

Tindakan mempergunakan kuasa negara untuk mengekang hak dan kepentingan yang dinikmati syarikat secara sah, adalah perbuatan hipokrit dan tidak beretika.

Kata Hua, campur tangan dalam urusan negara lain tidak pernah menjadi matlamat diplomasi China, dan tidaklah menjadi kepentingan bagi China untuk memanipulasikan politik negara lain.

AS dan negara-negara lain yang berkenaan diharap dapat benar-benar mematuhi prinsip persaingan bebas dan adil yang menjadi hukum pasaran, melindungi suasana pasaran yang sama rata, adil dan tanpa diskriminasi, sambil menambah usaha yang kondusif bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

徐国玮