White House: Trump akan Umum Keadaan Darurat

2019-02-15 14:36:56  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menandatangani akta peruntukan dana dan menggunakan kuasa eksekutif termasuk mengumumkan perintah darurat, bagi mencegah berlakunya "krisis keselamatan negara dan kemanusiaan" di sempadan.

Akta peruntukan dana tersebut dijangka diluluskan Kongres pada hari ini. Setelah diluluskan, akta itu akan mengelakkan jentera kerajaan "tergendala" sekali lagi ekoran ketiadaan dana.

Penggunaan kuasa eksekutif dengan mengumumkan keadaan darurat akan membolehkan Trump memintas Kongres dan menggunakan dana persekutuan untuk membina tembok sempadan.

胡星