Sahut Seruan: Pembangunan Tibet Buka Lembaran Baharu

2019-02-15 14:05:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_西藏:雪域高原气象新截图16

Pada tahun 2013, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping dalam ucapannya ketika Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) meminta Wilayah Autonomi Tibet supaya mempertingkat taraf kehidupan rakyat selain memperkukuh penyadupaduan pelbagai etnik.

Sejak enam tahu kebelakangan ini, Tibet melaksanakan strategi kerajaan pusat bagi menyahut seruan tersebut.

Dalam usaha menjamin kesejahteraan kehidupan untuk penduduk Tibet menjelang 2020, kerajaan tempatan giat melaksanakan pembasmian kemiskinan.
 

图片默认标题_fororder_西藏:雪域高原气象新截图18

Untuk rekod, lebih 2,200 program basmi kemiskinan berjaya dilaksanakan di Tibet sejak tahun 2016 yang sekali gus mengeluarkan lebih 210 ribu orang keluar dari kepompong kemiskinan

Pada masa sama, peruntukan bagi bidang perkhidmatan awam turut dipertingkatkan selain kelemahan dalam bidang perubatan dan pendidikan diatasi dengan pantas.

Penduduk miskin juga mendapat manfaat daripada program pemindahan penduduk apabila perkhidmatan awam yang lebih lengkap dapat dinikmati di penempatan baharu. 

图片默认标题_fororder_西藏:雪域高原气象新截图27

Pada tahun lepas, Tibet memperuntukkan RMB10.7 bilion (RM6.4 bilion) dalam perlindungan ekologi, sekali gus menyaksikan tersedianya lebih 660 ribu peluang pekerjaan manakala subsidi per kapita tahunan meningkat kepada RMB3,500 berbanding RMB3,000 sebelumnya.
 

张弘