Tiga Presiden Bincang Isu Syria di Sochic

2019-02-15 11:38:56  CRI
Share with:

Kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria diberi penekanan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin serta rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan dari Turki dan Hassan Rouhani dari Iran, dalam kenyataan bersama yang dibuat di Sochi semalam.

Tiga presiden itu mengadakan rundingan mengenai situasi Syria dan isu pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, ketiga-tiga negara akan terus melindungi kedaulatan, kemerdekaan, perpaduan dan keutuhan wilayah Syria, dengan mematuhi matlamat dan prinsip Piagam PBB.

Ketiga-tiga negara turut menyuarakan pendirian yang menentang sebarang rancangan yang berniat meruntuhkan kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria serta keselamatan negara-negara jirannya, berserta komitmen untuk terus bekerjasama menghapuskan kumpulan ekstremis di Syria termasuk Daesh.

Kenyataan itu menegaskan perlunya bantuan kemanusiaan dilanjutkan untuk membolehkan rakyat Syria menikmati semula kehidupan normal dan membantu pelarian kembali ke kampung halaman.

覃淼