Import, Eksport China Meningkat Stabil

2019-02-15 16:21:26  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport perdagangan komoditi China pada Januari lalu merekodkan prestasi yang lebih tinggi daripada ujuran sebelumnya iaitu RMB2.73 trilion (RM1.64 trilion), meningkat 8.7% berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Jabatan Am Kastam China semalam memaklumkan, import dan eksport antara China dengan rakan dagang utamanya seperti Kesatuan Eropah (EU), ASEAN dan Jepun terus meningkat, dengan pertambahan terbesar dilihat dalam perdagangan dengan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Bagaimanapun, jumlah perdagangan China dengan Amerika Syarikat (AS) susut lebih 10% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Pegawai dari Kementerian Perdagangan menyatakan, perdagangan luar berkembang stabil meskipun tekanan ke bawah yang dialami ekonomi dunia makin ketara. Langkah China mempertingkat keterbukaan, mempercepat penaiktarafan sektor perindustrian dan memperkasakan kedinamikan perusahaan, telah memberi sokongan kukuh bagi pertumbuhan perdagangan luar negara ini.

徐国玮