Usaha Jaga Keamanan Laut China Selatan Harus Dihargai

2019-02-15 11:49:22  CRI
Share with:
Komander Markas Lautan Hindi dan Pasifik Amerika Syarikat (AS), Philip Davidson baru-baru ini menyatakan bahawa AS dan sekutunya terpaksa mempertimbangkan semula penempatan tentera dan pembinaan pangkalan di rantau Asia Pasifik berikutan tindakan China di Laut China Selatan.

Dalam sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata kenyataan pegawai kanan tentera AS tersebut hanyalah alasan untuk negara itu menjalankan operasi ketenteraan di Laut China Selatan dan rantau Asia Pasifik.


Pihak-pihak terlibat diharap menghargai usaha positif China dan negara-negara ASEAN dalam menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan. Mereka juga diharap tidak menimbulkan kekacauan tanpa sebab, dan bekerjasama demi ketenteraman di perairan berkenaan.
覃淼