Terus Komited Jaga Alam Sekitar

2019-02-15 16:24:28  CRI
Share with:

Walaupun pertumbuhan ekonomi di China makin perlahan dewasa ini, namun komitmen pihak-pihak berkuasa untuk melindungi alam sekitar tidak akan luntur.

Pegawai dari Kementerian Ekologi dan Persekitaran China, Bie Tao dalam sidang taklimat anjura Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam memaklumkan bahawa sejak tahun lalu, pihaknya telah membuat pemantauan di 20 provinsi dan wilayah dengan pengaturan kerajaan pusat.
 
Pada 2016 hingga 2017, kumpulan pemantau alam sekitar kerajaan pusat telah menangani lebih 70 ribu masalah tertunggak yang berkaitan dengan alam.

Naib Ketua Pendakwa Raya, Zhang Xueqiao dalam sidang taklimat itu berkata, pihaknya telah memantau perbuatan jenayah yang berkaitan dengan pencemaran udara, air, tanah serta persekitaran di luar bandar pada beberapa tahun ini, sekali gus menyediakan jaminan dari segi kehakiman bagi membina tamadun ekologi yang baik di China.

徐国玮