AS, Korea Selatan Bincang Isu Nuklear

2019-02-15 14:37:34  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dan Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha mengadakan pertemuan di Warsaw, Poland semalam, membincangkan isu nuklear Semenanjung Korea.

Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, Jabatan Negara AS menyatakan Pompeo dan Kang telah menumpukan usaha semasa yang "muktamad dan terbukti sepenuhnya"untuk membolehkan pelucutan senjata nuklear oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Kedua-dua pihak juga menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama tiga hala dengan Jepun.

Pompeo semasa wawancara bersama media AS kelmarin berkata, pihaknya berharap pertemuan pemimpin AS-DPRK pada hujung bulan ini dapat membuahkan hasil yang baik dan membawa selangkah lebih dekat dengan matlamat mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear, bagi meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Katanya, AS bersedia melonggarkan sekatan ekonomi terhadap DPRK jika pertemuan itu berhasil.

胡星