Tiada Niat Bersaing Geopolitik di Amerika Latin

2019-02-15 13:54:18  CRI
Share with:

China tiada niat untuk terlibat dalam persaingan geopolitik di Amerika Latin dan tuduhan yang dibuat Amerika Syarikat (AS) mengenai kerjasama China di rantau itu adalah tidak berasas, kata jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying.

Presiden baharu El Salvador, Nayib Bukele dilaporkan menghubungi Penolong Urusan Keselamatan Negara AS, John Bolton kelmarin, untuk menyatakan komitmen pihaknya selaku rakan kongsi yang teguh. Perbincangan mereka berkisarkan persahabatan antara satu sama lain dan cara untuk menentang amalan China di Hemisfera Barat yang dikatakan bersifat predatori.

Sehubungan itu, Hua menyatakan bahawa China dan El Salvador menjalin hubungan diplomatik berdasarkan prinsip "satu China" serta bersandarkan undang-undang dan peraturan antarabangsa, sejajar dengan kepentingan asas rakyat dan tidak menyasarkan atau menjejaskan hubungan dengan negara lain.

China mengalu-alukan El Salvador dan AS mengembangkan hubungan normal berdasarkan prinsip saling hormat dan tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain. Begitu juga, hubungan antara El Salvador dengan AS tidak sepatutnya menjejaskan hubungan negara Amerika Latin itu dengan pihak lain.

Hua menegaskan kerjasama China dengan negara-negara di rantau tersebut termasuk El Salvador, adalah saling menguntungkan, dan membolehkan kelebihan masing-masing dimanfaatkan sepenuhnya demi pembangunan bersama.

覃淼