Latihan Vokasional Bantu Penduduk Xinjiang Baiki Hidup

2019-02-15 13:14:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500019_1_9500019_1_1_c4baf4cc-233c-4955-89e7-7d866dd70d05

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang giat melaksanakan program pendidikan dan latihan vokasional untuk membolehkan penduduk pelbagai etnik menikmati kehidupan yang lebih tenteram dan bahagia.

Naib Ketua Jabatan Pemesinan Pertanian Xinjiang, Gulnar Ubul dalam rencana yang dikarangnya baru-baru ini menyatakan bahawa pengaruh ektremisme telah menidakkan aktiviti seperti menyanyi, menari, menonton televisyen dan wayang, serta kehidupan moden. Ini mengganggu perkembangan sihat bagi budaya etnik Uygur.

Sesetengah pihak mengeksploitasikan sentimen etnik dan agama untuk menyebarkan ideologi ekstremis serta merancang dan melancarkan insiden ganas dengan niat untuk memecahbelahkan tanah air. Mereka ini akhirnya telah diheret ke muka pengadilan.

Rencana pengarang itu menekankan bahawa pusat pendidikan dan latihan vokasional yang ditubuhkan di Xinjiang bukan sahaja membantu penduduk mengelakkan diri daripada pengaruh ekstremisme, malah membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan hidup moden dan melepaskan diri daripada kemiskinan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kehidupan penduduk di Xinjiang telah bertambah baik hari demi hari. Fakta ini tidak boleh direndah-rendahkan.

覃淼