Temu Bual Sempena TBC di Kedutaan Besar China ke Myanmar

2019-02-16 14:18:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2 洪亮大使与新一届留学生联合会代表合影留念.JPG

Majlis temu bual sempena Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di Kedutaan Besar China ke Myanmar semalam. Duta Besar China, Hong Liang bersama-sama 147 pelajar dan 56 guru China di Myanmar berkongsi pengalaman pembelajaran dan kehidupan di negara itu.

Hong Liang berkata, hubungan China-Myanmar berkembang baik pada masa ini. Kedua-dua negara berusaha bersama-sama membangunkan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Koridor Ekonomi China-Myanmar. Kerjamasa dan interaksi yang semakin rapat membawa lebih banyak peluang kepada pelajar China yang menguasai bahasa Myanmar, selain menggalakkan lebih banyak orang Myanmar belajar bahasa Mandarin. Kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara ini telah melonjak ke satu tahap lebih tinggi.

覃淼