Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Peringkat Tingggi China-AS Berakhir

2019-02-16 15:18:44  CRI
Share with:

Rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi China-AS pusingan ke-6 diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Februari lalu. Naib Perdana Menteri China, Liu He dan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin menyertai rundingan tersebut.  

Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di Argentina Disember lalu, serta mengadakan perbincangan mendalam dalam masalah yang diberi perhatian bersama seperti pemindahan teknologi, perlindungan harta intelek, rintangan bukan tarif, industri perkhidmatan, pertanian, imbangan perdagangan dan sebagainya.

Kedua-dua pihak mencapai konsensus tentang masalah utama selain mengadakan perbincangan tentang penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) mengenai ekonomi dan perdagangan bilateral.Rundingan akan disambungkan di Washington minggu depan.

徐国玮