Kerjasama Bawa Keuntungan, Konfrontasi Bawa Kerugian

2019-02-16 15:14:52  CRI
Share with:

Rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi China-Amerika Syarikat (AS) pusingan ke-6 yang menarik perhatian sejagat telah berakhir di Beijing semalam. 

Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin berkata, China dan AS saling bergantung. Kerjasama akan membawa keuntungan, manakala konfrontasi akan membawa kerugian. Kerjasama ialah pilihan yang paling bijak. 

Penganalisis berpendapat bahawa Presiden Xi menyebut perkataan "kerjasama" beberapa kali dalam pertemuan semalam. Ini mencerminkan keikhlasan dan kesediaan China untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara. Beliau turut menegaskan bahawa "kerjasama dijalankan berdasarkan prinsip", prasyarat kerjasama China-AS adalah tidak menjejaskan kepentingan teras negara dan kepentingan asas rakyat China.

Kumpulan kedua-dua pihak akan menyambungkan rundingan di Washington minggu depan. Rundingan ini makin kerap. Ini menandakan kedua-dua pihak mempunyai keinginan kuat untuk mencapai perjanjian ekonomi dan perdagangan dalam tempoh yang ditetapkan.

徐国玮