Trump Tandatangani Akta Peruntukan

2019-02-16 16:30:46  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani satu akta peruntukan yang diluluskan oleh Kongres petang semalam, memperuntukan dana untuk sebahagian jentera kerajaan hingga 30 September tahun ini. Ini menandakan kerajaan persekutuan telah memperoleh peruntukan yang mencukupi pada tahun fiskal ini dan tidak  akan "tergandala" lagi.

Namun menurut akta itu, hanya USD1.4 bilion (RM5.71 bilion) diperuntukan untuk membina "objek pemisah" baharu sepanjang 90 kilometer di sempadan dengan Mexico, angka ini jauh lebih rendah daripada rancangan Trump sebelum ini iaitu "tembok sempadan" sepanjang 300 kilometer dengan peruntukan USD5.7 bilion (RM 23.25 bilion).

Trump juga menggunakan kuasa eksekutif termasuk mengumumkan keadaan darurat di selatan AS untuk mengumpulkan lebih banyak dana bagi membina tembok tanpa persetujuan kongres.

White House mengumumkan, dalam keadaan darurat negara, Trump merancang untuk menggunakan dana sejumlah USD6.7 bilion (RM27.33 bilion) dari Jabatan Pertahanan, Jabatan Perbendaharaan, dan projek ketenteraan untuk membina tembok sempadan.

胡星