Maduro: Trump Terjerumus dalam "Jalan Buntu"

2019-02-16 16:28:47  CRI
Share with:

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyampaikan ucapan melalui televisyen semalam bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dibawa ke jalan buntu mengenai situasi Venezuela oleh kumpulan penasihatnya.

Maduro menyatakan, percubaan rampasan kuasa yang didalangi Trump digagalkan. Tiadalah pendekatan lain dapat menyelesaikan kesukaran di negara itu selain "dialog, persefaman dan saling menghormati". Beliau sedang menunggu "dialog kebangsaan" di bawah rangka "mekanisme Montevideo", namun arahan dari Washington menghalang puak pembangkang dalam negeri menyertai dialog itu.

Maduro menegaskan, bantuan kemanusiaan oleh kerjaaan AS ialah satu "perangkap". Venezuela mempunyai mekanisme kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang bantuan kemanusiaan dan telah meminta PBB membantunya membeli ubat dan makanan yang diperlukan.

胡星