Merkel Keluar Amaran tentang Unilateralisme

2019-02-17 15:25:38  CRI
Share with:

Canselor Jerman, Angela Merkel memberikan amaran tentang trend unilateralisme yang dihadapi dunia pada masa ini ketika berucap pada Persidangan Keselamatan Munich semalam. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa mengadakan kerjasama bagi menghadapi pelbagai cabaran serta mengkritik dasar perdagangan dan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Merkel, order antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua sedang menghadapi tekanan yang amat besar dan pembaharuan perlu dijalankan. Namun order tersebut tidak boleh dihancurkan. 

Beliau memuji bantuan China terhadap pembangunan di Afrika dan menyeru dunia Barat menambah bantuan dan menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada Afrika agar memberikan harapan kepada golongan muda di benua itu. 

Di samping itu, Merkel menyeru agar Perjanjian Nuklear Iran patut dipelihara, selain mempersoalkan pelan pengunduran tentera AS dari Syria.

 

徐国玮