Rundingan Strategik Menteri Luar China-Thailand

2019-02-17 15:20:44  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai mengadakan rundingan strategik di Chiang Mai semalam.

Wang Yi menyatakan, China dan Thailand ialah rakan kerjasama strategik komprehensif. Tahun ini, Thailand menyandang negara pengerusi ASEAN. Kedua-dua negara harus meningkatkan komunikasi dan memperkasakan kerjasama strategik, agar berganding bahu bagi menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau. China menyokong pembinaan Komuniti ASEAN, menyokong Thailand menjalankan tugas negara pengerusi ASEAN, bersedia menyelaraskan inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dengan pelan induk kesalinghubungan ASEAN, menggalakkan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur mencapai kemajuan yang lebih besar.

Pramudwinai menyatakan, Thailand dan China mempunyai rasa saling percaya yang bertahap tinggi dan ikatan muhibah yang mendalam. BRI pasti akan membawa lebih banyak peluang kepada pembangunan Thailand dan kerjasama kedua-dua negara. Thailand menyatakan terima kasih kepada China yang sentiasa menyokong pembinaan Komuniti ASEAN, menanti-nantikan peningkatan kerjasama yang saling menguntungkan dalam kesalinghubungan serantau dan kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

胡星