AS dan Rusia Diharap Kembali ke Perjanjian INF

2019-02-17 14:54:59  CRI
Share with:

China berharap Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dapat kembali ke Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF).

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi menyatakan pendirian China tersebut selepas menyampaikan ucapan dalam Persidangan Keselamatan Munich ke-55 semalam.

Menurut beliau, China dengan tegas memelihara kestabilan strategik global. AS menarik diri daripada INF secara sepihak mengakibatkan kesudahan serius dan diberikan perhatian tinggi oleh masyarakat antarabangsa. China menggesa AS dan Rusia kembali ke INF dan membantah memultilateralisasikan perjanjian itu.

覃淼