Pemimpin Rusia, Perancis Sokong Suruhanjaya Perlembagaan Syria Beroperasi Secepat Mungkin

2019-02-17 15:21:31  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron menyatakan sokongan terhadap penggerakan suruhanjaya perlembagaan Syria secepat mungkin, dalam perbualan melalui telefon semalam.

Jabatan Penerangan Presiden Rusia mengumumkan, Putin telah memaklumkan perjanjian yang dicapai oleh pemimpin Rusia, Turki dan Iran tentang situasi Syria baru-baru ini. Beliau menegaskan, usaha mesti dijalankan bagi menggalakkan dialog politik pelbagai puak Syria, dan mengerakkan kerja suruhanjaya perlembagaan dengan secepat mungkin. Selain itu, kedua-dua presiden juga membincangkan zon kedamaian Syria dan situasi keselamatan Ukraine.

Dimaklumkan lagi dari Istana Presiden Perancis semalam, Macron dalam perbualan dengan Putin menegaskan bahawa penyelesaian politik melalui rundingan di bawah pimpinan PBB, satu-satunya cara untuk menghapuskan kumpulan ekstremis Daesh, selain memulihkan kedamaian di Syria dan membolehkan pelarian pulang ke kampung halaman.

胡星