Beijing, Destinasi Makin Popular

2019-02-18 14:37:54  CRI
Share with:

Sektor pelancongan di utara China terus berkembang stabil dan pesat pada tahun lepas, dengan peningkatan terbesar dicatatkan di Beijing iaitu 191%. 
   
Data itu dimaklumkan dalam laporan berkenaan yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan pelancongan dalam talian, Mafengwo dan Institut Penyelidikan Pelancongan China baru-baru ini.
 
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Beijing telah memperkenalkan banyak produk pelancongan bertema budaya tradisional dan moden, yang mendapat sambutan hangat. 

Integrasi antara pelancongan dan budaya di Beijing semakin meningkat. Tujuh warisan budaya dunia, adat resam tradisional, kreativiti budaya dan seni pentas menjadi titik pertumbuhan baharu sektor pelancongan tempatan.

Laporan tersebut meletakkan  Muzium Istana (Kota Larangan) sebagai destinasi paling popular di Beijing, diikuti Tembok Besar Badaling dan Taman Yihe (Istana Musim Panas).   

梁靓