Sahut Seruan: Guizhou Lestarikan Alam, Makmurkan Rakyat

2019-02-18 16:56:33  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_gui5

Pada tahun 2014, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam ucapannya ketika Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) menyeru delegasi Guizhou untuk menghasilkan idea pembangunan yang inovatif, menyeimbangkan perlindungan ekologi dan pembangunan serta mempertingkat kerja-kerja pembasmian kemiskinan.


Menyahut saranan dan tuntutan tersebut, pihak berkuasa tempatan Guizhou melaksanakan pelbagai langkah demi membangunkan provinsi itu ke arah kesejahteraan rakyat dan kelestarian ekologi.

图片默认标题_fororder_gui1

 

Selepas cuti Tahun Baharu Cina, lebih 186 ribu orang terdiri daripada pegawai dan penduduk tempatan mengadakan aktiviti penanaman pokok di Guizhou yang dilakukan selama lima tahun berturut-turut dengan jumlah catatan lebih daripada 1.3 juta pokok.

Pada tahun 2015 juga, Guizhou turut menangani isu pencemaran di sekitar sungai Wujiang yang dicemari oleh aktiviti penternakan ikan secara terkurung dengan mengeluarkan pelan perlindungan bagi saliran air sungai Wujiang selain membantu para nelayan untuk mencari rezeki lain.

图片默认标题_fororder_gui4

 

Keberhasilan langkah itu seterusnya diterjemahkan dengan beberapa cerita kejayaan termasuk kisah seorang nelayan iaitu Zhou Dengqiang yang memperoleh keuntungan pertama sebanyak lebih RMB100 ribu (RM60 ribu) melalui tanaman pokok buah seluas lebih 13 hektar.

Guizhou merupakan satu-satunya provinsi yang tidak mempunyai dataran di China. Untuk memindahkan 1.5  juta golongan miskin di Guizhou ke tempat lain adalah satu tugas sukar.

图片默认标题_fororder_gui7

 

Di mukim etnik Yi Sanbao yang terletak di lembah Sungai Beipan, 77 peratus daripada  jumlah keseluruhan penduduk adalah berstatuskan miskin tegar. Pada tiga tahun yang lepas, kerja-kerja pemindahan penduduk telah dimulakan dan dijangka selesai menjelang Jun tahun ini.

Setakat penghujung tahun lalu, hampir 4.7 juta  penduduk Guizhou berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, dan tahun ini golongan miskin di desa dijangka akan berkurangan sebanyak 1.1 juta.

 

曹捷