MSC Tekankan Pentingnya Multilateralisme

2019-02-18 11:39:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124126767_15504169192661n


China, Jerman dan Rusia antara yang menekankan pentingnya menjaga multilateralisme dan menggalakkan kerjasama antarabangsa, semasa Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-55 yang melabuhkan tirai semalam.

Pendirian tersebut mendapat sokongan luas wakil-wakil dari seluruh dunia.

Persidangan selama tiga hari menyaksikan perbincangan mendalam mengenai isu-isu utama termasuk perkongsian trans-Atlantik, belanjawan ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), perjanjian nuklear Iran dan situasi Syria.

Pengerusi MSC, Wolfgang Ischinger menyatakan order antarabangsa berteraskan PBB kini berhadapan cabaran. Masyarakat antarabangsa mempunyai peluang dan tanggungjawab bersama untuk membaiki sistem peraturan bagi memberi jaminan keselamatan yang lebih baik kepada seluruh umat manusia.  
张弘