Warga Filipina Hayati Budaya Cina Sempena TBC

2019-02-18 14:50:20  CRI
Share with:

Suasana sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) memeriahkan Filipina dengan penganjuran pelbagai aktiviti selama 10 hari.

Sehari menjelang TBC, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada komuniti Cina tempatan.

Katanya, persahabatan dan kerjasama antara Filipina dengan China menyumbang kepada kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara. Filipina dan China diharap memperkukuh persefahaman antara satu sama lain. 

Perarakan yang diadakan di Chinatown, Manila turut menarik kunjungan ramai penduduk tempatan yang berpeluang menyertai aktiviti sambutan TBC sambil merasai masakan Cina. 

Di samping itu, kuiz pengetahuan China telah diadakan di Manila, membolehkan pelajar sekolah menengah mendekati China dari segi sejarah, geografi dan budaya.

张哲