Berita Palsu Terbongkar, Wajah Sebenar Terdedah

2019-02-18 15:52:46  CRI
Share with:
Siasatan oleh penerbit BBC, Riam Dalati selama enam bulan mengesahkan klip video mengenai "serangan senjata kimia" di Douma, Syria adalah dibuat mengikut skrip.

Video tersebut pernah menjadi bukti terpenting untuk AS, Britain dan Perancis melancarkan serangan udara di Syria.

Berita palsu bermotifkan politik atau ketenteraan bukanlah sesuatu yang jarang dilihat dalam media arus perdana bahkan arena politik Barat. Contohnya, pada 2003, satu berita yang tidak dibuktikan menjadi helah bagi AS melakukan serangan terhadap Iraq tanpa mandat PBB.

Pada bulan lepas, CNN melaporkan "pengalaman" seorang wanita Uygur, Mihrigul Tursun yang dipenjarakan bersama 68 tahanan lain di Urumqi menyaksikan kematian sembilan wanita seetnik dan anak lelakinya sendiri.

Berita itu yang terbukti bohong belaka, menjadi alasan untuk Senator Mark Rubio dan polikus AS lain mengusulkan apa yang disebut "Akta Hak Asasi Manusia Uygur".

Susulan itu, media Barat pula melaporkan pemuzik etnik Uygur, Abdurehim Heyit meninggal dunia pada tahun kedua dipenjarakan. Klip video terbaru bagaimanapun menunjukkan seniman itu bukan sahaja masih hidup, malah sangat sihat. Dia sendiri berasa terkejut tatkala mendengar berita palsu tersebut.

Apa yang disebut "kebebasan media" di dunia Barat sebenarnya penuh dengan prasangka dan diskriminasi, dengan niat memutarbelitkan fakta dan mencemarkan nama negara-negara membangun.
张弘