Pelan Bangun Teluk Besar Guangdong-HK-Makau

2019-02-19 12:20:02  CRI
Share with:

Pelan pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau diumumkan semalam, menyasarkan kawasan berkenaan menjadi teladan pembangunan berkualiti.

Teluk itu melibatkan Hong Kong, Makau dan sembilan bandar di provinsi Guangdong dengan keluasan 56,000 kilometer persegi dan populasi kira-kira 70 juta. 

Sebagai salah satu kawasan yang tahap keterbukaan paling tinggi dan ekonomi paling dinamik di China, teluk besar tersebut memainkan peranan strategik yang signifikan dalam pembangunan negara.  

Kawasan Teluk Besar bukan sahaja satu percubaan baharu untuk merintis keterbukaan dalam segenap aspek pada era baharu ini, malah selangkah ke hadapan dalam pelaksanaan "satu negara, dua sistem".

Pelan berkenaan terbahagi kepada fasa pendek bermula sekarang hingga 2022 dan fasa panjang hingga 2035.

张哲