Xi Sertai Sesi Perbincangan Delegasi Fujian NPC

2019-03-11 11:05:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124217107_15522271236531n

Presiden China, Xi Jinping menyertai sesi perbincangan delegasi provinsi Fujian sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) petang semalam.

Xi menekankan pentingnya membina suasana pembangunan yang kondusif bagi inovasi, keusahawanan dan kreativiti agar potensi masyarakat dimaksimumkan hingga meningkatkan pengaruh dan daya saing China di arena antarabangsa. Fujian antara yang paling awal melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dengan ekonomi swasta yang amat rancak.

Xi menggesa pelbagai dasar dan langkah dilaksanakan bersungguh-sungguh untuk memangkin pembangunan sektor swasta melalui iklim yang adil, telus dan berasaskan undang-undang.

Fujian hendaklah memanfaatkan kelebihannya sebagai zon ekonomi khas, zon rintis perdagangan bebas, zon percubaan bersepadu dan zon teras Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 bagi meningkatkan daya saing industri tempatan secara menyeluruh.

Katanya, strategi pembasmian kemiskinan bersasaran tepat perlu dilaksanakan sepenuhnya dan keberkesanannya ditingkatkan bagi memastikan semua matlamat dicapai mengikut jadual.

张弘