Xinjiang Beri Impresi Mendalam

2019-03-12 11:29:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg (36)

Diplomat dari Myanmar, Vietnam, Singapura dan Pejabat Perwakilan Liga Arab di China melawat Xinjiang pada 28 Februari hingga 2 Mac atas undangan kerajaan wilayah autonomi berpenduduk etnik Uygur itu.

Taraf hidup yang bertambah baik serta suasana terbuka, toleransi dan bersatu padu meninggalkan impresi mendalam kepada mereka.

Agenda lawatan termasuk meninjau komuniti, kampung dan syarikat teknologi tinggi serta mengunjungi pameran antikeganasan dan sekolah vokasional di Kashgar.Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Vietnam, Pham Thanh Binh menyatakan semua kelompok etnik di Xinjiang menikmati manfaat daripada kebajikan sosial secara sama rata. Rakyat hidup bahagia, masyarakat harmoni, semuanya mencerminkan keberkesanan dasar kerajaan China di wilayah berkenaan.

Ketua pejabat Liga Arab, Mahmoud Elamin percaya kerajaan China wajar mengambil sebarang langkah yang perlu untuk membanteras keganasan.

Duta Besar Myanmar, Thit Lin Ohn pula menyatakan keganasan musuh bersama sedunia. Pihaknya menyokong China memilih langkah paling berkesan untuk memerangi keganasan.

张弘