Tiba Masa Berubah Ranking Kepimpinan

2019-03-15 16:59:53  CRI
Share with:

Laporan terbaru firma khidmat analitis dan nasihat, Gallup meletakkan China di depan AS dalam ranking kepimpinan tahun lepas dengan sokongan median 34%. 

Dengan ini, China sekali lagi mendahului AS dalam ranking tersebut sejak berlakunya krisis kewangan pada 2008.

Tinjauan pendapat umum di 134 negara dan wilayah menunjukkan, sokongan median terhadap AS jatuh kepada 31%.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China mengamalkan konsep pembangunan baharu yang inovatif, terselaras, mesra alam, terbuka dan berkongsi, sementara pelaksanaan program pembasmian kemiskinan bersasaran tepat membantu puluhan juta rakyat keluar dari belenggu kemiskinan. 

Prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi menjadi asas pembinaan wadah paling besar bagi kerjasama saling untung antara China dengan dunia. Setakat ini, 123 negara dan 29 pertubuhan antarabangsa telah memeterai dokumen kerjasama dengan China di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), barang awam yang paling dialu-alukan dalam tadbir urus global. 

Kumpulan pemikir terkemuka AS, Institusi Brookings dalam laporannya tahun lepas berpendapat projek pelaburan dan pembangunan China mampu membuka jalan untuk pertumbuhan inklusif sejagat. Mereka percaya, projek-projek berkenaan bukan sahaja memakmurkan ekonomi setempat, malah membawa faedah berlimpahan kepada kawasan sekitar. 

Fakta membuktikan hubungan antarabangsa model baharu berteraskan kerjasama saling untung serta komuniti berkongsi nasib sesama insan, dua gagasan tadbir urus global yang membentuk nilai teras kepimpinan China, mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa.

张哲