ASEAN Larang Guna Boeing 737 MAX 8

2019-03-15 13:01:14  CRI
Share with:

Jabatan penerbangan awam negara-negara ASEAN melarang penggunaan pesawat Boeing 737 MAX 8, susulan nahas Ethiopian Airlines Ahad lalu.

Pesawat jenis itu juga dilarang memasuki ruang udara negara-negara berkenaan.

Syarikat Lion Air Indonesia pelanggan paling besar pesawat 737 MAX dengan jumlah kontrak USD22 bilion (RM90 bilion) bagi tempahan 222 unit model 8, 9 dan 10.

Selepas pesawat model sama terhempas  di Ethiopia,  Lion Air merundingkan semula tempahannya dengan syarikat Boeing. 

张哲