Serangan Christchurch: Tiga Rakyat Malaysia Stabil

2019-03-17 14:11:24  CRI
Share with:

Tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden serangan pengganas di masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin dilaporkan berada dalam kea­daan stabil dan kini sedang dirawat di hospital sama.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketiga-tiga mereka yang bekerja di Christchurch akan menjalani pembedahan termasuk seorang yang bakal menjalani pembedahan kali kedua.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di Kuanta semalam, beliau menyatakan kerajaan akan membantu dari segi urusan membawa keluarga ketiga-tiga rakyat Malaysia yang cedera itu ke New Zealand.

Katanya, Wisma Putra sedang berurusan dengan keluarga mereka di New Zealand kerana ada dalam kalangan ahli keluarga mereka seperti anak atau ibu bapa berada di Malaysia.

(Sumber dari Utusan)

 
张弘