Malaysia Lulus FDI Bernilai RM80.5 bilion pada 2018

2019-03-17 14:10:04  CRI
Share with:

Malaysia menikmati pertumbuhan ekonomi menggalakkan, dengan RM80.5 bilion pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan bagi semua sektor pada 2018, melonjak sebanyak 48 peratus daripada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah keseluruhan itu, RM26.5 bilion FDI diluluskan pada separuh pertama 2018, dan bakinya RM54 bilion pada separuh kedua.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata negara turut menyaksikan peningkatan 3.2 peratus tahun ke tahun dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) bagi Januari 2019, iaitu lebih baik daripada konsensus pasaran sebanyak 2.3 peratus yang ditunjukkan dalam kaji selidik Bloomberg baru-baru ini.(Sumber dari BERNAMA)

张弘