Buku Bertema BRI Edisi Bahasa Thai Dilancar

2019-03-17 15:56:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_9329cc8f-86c1-4d15-975e-a7bf65e9f7ff

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_4f9ccd7a-48f2-457a-97aa-33254862c65c

Majlis pelancaran buku "Kata Kunci untuk Memahami China: Inisiatif Jalur dan Laluan" edisi bahasa Thai diadakan di Bangkok pada 14 Mac, serentak dialog peringkat tinggi membabitkan kumpulan pemikir China dan Thailand. 

Majlis dihadiri wakil-wakil dari Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG), Kedutaan Besar China di Thailand, Pusat China-ASEAN dan Kementerian Kebudayaan Thailand.

Timbalan Menteri Kebudayaan Thailand, Dr. Chaweerat Kasetsoontorn menyatakan penerbitan buku itu yang memperkenalkan sejarah, keadaan semasa dan prospek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), akan menggalakkan pertukaran dan kerjasama di bawah rangka inisiatif tersebut.

Dialog peringkat tinggi kumpulan pemikir yang diadakan selepas majlis pelancaran tersebut disertai 11 pakar dari China dan Thailand.

Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai pembangunan BRI melalui kerjasama saling untung serta usaha memperkasakan pertukaran muhibah antara China dengan ASEAN.
 

梁靓