Masa Depan Syria Di Tangan Rakyat

2019-03-18 11:17:24  CRI
Share with:

Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Isu Syria, Geir Pedersen melawat Syria semalam untuk mengadakan rundingan dengan Walid Muallem, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar negara itu.

Selepas tiba di Damsyik, Pedersen memberitahu wartawan beliau akan memfokuskan pelaksanaan Resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dalam rundingan berkenaan, bagi menggalakkan kemajuan dalam proses penyelesaian secara politik.

Agensi Berita Arab Syria (SANA) melaporkan, isu-isu seperti jawatankuasa perlembagaan antara tumpuan perbincangan Pedersen dan Muallem.

Muallem menyatakan hanya rakyat Syria yang dapat memutuskan masa depan negara mereka. Perlembagaan dan isu-isu berkaitan melibatkan kedaulatan negara, yang patut diputuskan oleh rakyat tanpa campur tangan dari luar.

曹捷