Perlu Imbang Keprihatinan Semua Pihak Berdialog

2019-03-19 13:18:00  CRI
Share with:

Adalah penting bagi keprihatinan semua pihak terlibat diimbangkan dan diambil berat, untuk memastikan kelangsungan dan keberhasilan dialog antara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata, DPRK dan AS diharap menghargai dan mengekalkan momentum dialog yang tidak datang dengan mudah, sambil meneruskan usaha ke arah keamanan.

Baru-baru ini, Naib Menteri Luar DPRK, Choi Sun-hee mengulas pertemuan kedua pemimpin di Hanoi, menyatakan Washington gagal memperlihatkan keikhlasan untuk membaiki hubungan dengan Pyongyang dan melaksanakan konsensus yang dicapai di Singapura. Jika sikap ini tidak diubah, ada kemungkinan rundingan mengenai pelucutan senjata nuklear akan dihentikan.

曹捷