Bajet Singapura Tumpukan Inovasi Teknologi

2019-03-19 13:48:30  CRI
Share with:

Presiden Singapura, Halimah Yacob telah meluluskan akta peruntukan kerajaan baru-baru ini, yang menandakan bajet tahunan 2019 berkuat kuasa secara rasmi.

Selain menumpukan perumahan, jaminan sosial, kesejahteraan rakyat dan pertahanan negara, bajet tersebut juga membolehkan pelaksanaan saranan kerajaan untuk memperuntukkan SGD4.6 bilion (RM 13.8 bilion) dalam tempoh tiga tahun. 

Peruntukan itu bagi meningkatkan kemampuan syarikat, sejajar dengan matlamat membangunkan Singapura sebagai hab sains dan teknologi serta inovasi dan perusahaan biar di pentas Asia mahupun global.

Inovasi teknologi, transformasi perindustrian dan komersial, serta pembangunan modal insan tiga tugas yang diberi keutamaan.

周乔西