BRI, Cetak Biru Realisasi Impian

2019-03-20 12:54:01  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bukan sahaja melakar cetak biru bagi kerjasama antara negara, malah membantu keluarga biasa merealisasikan impian mereka.

Demikian ujar Duta Besar China ke Indonesia, Xiao Qian dalam seminar bertemakan BRI yang diadakan di Jakarta semalam.

 

Beliau telah berkongsi kisah seorang gadis dari Surabaya yang berjaya membeli sebuah kereta untuk ibunya setelah bekerja dalam Syarikat Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung selama tiga bulan.

Tambah beliau, kerjasama China dan Indonesia telah menjadi contoh bagi kerjasama China dengan negara dan wilayah yang terlibat dalam BRI.

高蕾