China, Filipina Intensifkan Kerjasama

2019-03-20 13:41:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124255804_15530033514541n

 

China dan Filipina akan memperkukuh asas kesalingpercayaan, membangun bersama dan berkongsi peluang supaya perkongsian strategik komprehensif berkembang ke arah yang lebih matang. 

Timbalan Presiden China, Wang Qishan berujar demikian dalam pertemuan dengan delegasi kerajaan Filipina yang terdiri daripada Menteri Luar Teodoro Lochen, Setiausaha Eksekutif Salvador Medialdea dan Setiausaha Kewangan Carlos Dominguez III, di Beijing semalam. 

Kata beliau, China menghargai langkah-langkah yang diambil kerajaan Filipina untuk membangunkan negaranya, bersedia mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan pertukaran pengalaman dalam pentadbiran negara.

Delegasi Filipina pula menyatakan komitmen untuk mendorong perkembangan hubungan bilateral secara berterusan serta aktif terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sekali gus mengeratkan ikatan persahabatan kedua-dua negara.

曹捷