China, Filipina Aktif Kerjasama Maritim

2019-03-21 11:39:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020190320535090401524


China dan Filipina terus mengintensifkan kesalingpercayaan politik, sementara kerjasama pragmatik membuahkan hasil. 

Kedua-dua pihak meneroka kerjasama maritim, bersama-sama menjaga kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan, memperluas pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping menggalakkan penaiktarafan hubungan dua hala.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Teodoro Lochen di Beijing semalam menyatakan penghargaan atas usaha Filipina selaku penyelaras hubungan China-ASEAN, dalam mendorong kemajuan hubungan berkenaan malah kerjasama Asia Timur.

Lochen pula menyatakan, Presiden Rodrigo Duterte menanti-nantikan lawatannya ke China pada bulan depan untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI kedua. 

Katanya, Filipina mahu hubungan dengan China terus melakar kemajuan melalui rasa saling percaya lebih kukuh dari segi politik dan kerjasama lebih intensif termasuk dalam bidang maritim.

曹捷