Negara LMC Terus Perangi Pemerdagangan Manusia

2019-03-21 14:30:53  CRI
Share with:

Wakil-wakil dari China, Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkumpul di Nanchang, provinsi Jiangxi China semalam, untuk menghadiri mesyuarat pegawai kanan ke-13 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang memfokuskan isu pemerdagangan manusia.

Sejak memorandum persefahaman mengenai kerjasama subrantau dimeterai di Yangon, Myanmar pada Oktober 2004, sinergi rapat antara kerajaan enam negara LMC telah membawa satu loncatan besar dalam usaha mengekang pemerdagangan manusia dan menyelamatkan mangsa.

Dalam mesyuarat semalam, wakil delegasi China menyatakan kesediaan untuk bergabung tenaga dengan lima negara lain di subrantau berkenaan, demi kemenangan dalam perjuangan itu.

胡星