Pandang China dari Perspektif Objektif

2019-03-22 14:20:31  CRI
Share with:

Video bersiri "Classics Quoted by Xi" versi bahasa Itali terbitan Kumpulan Media China (CMG) disiarkan secara serentak semalam, di negara dan wilayah yang bertutur bahasa Itali.

Penyiaran siri video itu dianggap satu acara penting dalam rangka lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Itali, destinasi pertama dalam agenda beliau di tiga negara Eropah.

Sebelum ini, lebih 200 pembaca dari China dan Itali bertukar-tukar pandangan dalam sesi bertemu pembaca buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" versi bahasa Itali yang diadakan di Rom.

Buku tersebut kini telah diterjemahkan kepada 24 bahasa asing dengan 28 edisi, yang laris dijual di lebih 160 negara dan wilayah seluruh dunia.

Video bersiri "Classics Quoted by Xi" terbitan CMG itu merumuskan ucapan, rencana dan perbualan Presiden Xi yang juga telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Sepanyol dan Itali, menyasarkan lebih 100 juta penonton di seberang laut.

Seperti kata bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger, buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" membuka satu jendela untuk memahami seorang pemimpin, negara, serta tamadun yang sejarahnya menjangkau ribuan tahun.

Bekas Presiden Jerman, Helmut Schmidt pula menganggap, buku itu dapat membantu pembaca asing memandang dan meneliti China dari perspektif yang objektif dan komprehensif.

Subjek-subjek yang disentuh dalam buku tersebut bukan hanya memberikan inspirasi dan ilham kepada China sendiri, bahkan negara-negara yang berbeza sistem sosialnya, latar belakang budayanya dan tahap pembangunannya.

周乔西