China, Itali Ikrar Lonjakkan Kerjasama Perdagangan

2019-03-23 15:12:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xi

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari China dan Itali yang masing-masing menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Usahawan, Forum Kerjasama Pasaran Pihak Ketiga dan Persidangan Mekanisme Kerjasama Budaya kedua-dua negara di Rom semalam.

Dalam pertemuan itu, Presiden Xi mengucapkan rasa terima kasih kepada tokoh-tokoh dalam kalangan industri dan perdagangan serta pengamal seni budaya kedua-dua negara untuk menubuhkan rasa saling memahami antara kalangan rakyat dan merapatkan ikatan persahabatan antara satu sama lain.

Xi berkata, siri aktiviti bagi tahun budaya dan pelancongan akan diadakan sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Itali pada tahun depan, maka pastilah wujud lebih banyak peluang baharu bagi kerjasama dua hala.

Mattarella pula menyatakan bahawa kedua-dua negara diharap terus bekerjasama untuk melonjakkan kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi dan perdagangan ke tahap baharu, memperluas pembinaan jalan sutera budaya, dan bersama-sama menangani cabaran global.

周乔西