Cetusan Baharu Tamadun Timur dan Barat

2019-03-23 15:25:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_cf

China dan Itali, dua tamadun yang bersejarah. Kedua-dua negara disarankan mempertingkat pertukaran sosiobudaya, memperhebat kerjasama dalam kebudayaan, pendidikan, perfileman dan televisyen, media, serta memperkukuh persefahaman dalam kalangan rakyat.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menemui rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella di Jabatan Presiden semalam.

图片默认标题_fororder_hj3

Menurut Mattarella, Itali dan China mempunyai tamadun yang bersejarah ribuan tahun, rakyat kedua-dua negara ini memiliki kebijakan untuk menangani cabaran yang dihadapi pada zaman ini.

图片默认标题_fororder_hj2

Ketika menghadiri sidang media, Xi berkata, China bersedia berganding bahu dengan Itali bagi menggalakkan rasa saling belajar antara pelbagai tamadun, mengekalkan kerjasama yang saling menguntungkan, supaya mendinamikkan Laluan Sutera dan berkongsi hasil pembangunan dengan seluruh dunia.

Mattarella berkata, Itali menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" yang disarankan Presiden Xi, kerana ia membantu kesalinghubungan dan pembangunan bersama Eurasia.

高蕾