Jauh di Mata, Dekat di Hati

2019-03-24 16:29:49  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Monaco hari ini, atas undangan rakan sejawatnya dari negara tersebut, Albert Alexandre Louis Pierre Grimaldi. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin negara China ke Monaco, setelah kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1995. Lawatan berkenaan telah memberi isyarat bahawa negara-negara di dunia ini boleh menjadi rakan sama rata dan saling untung biarkan besar atau kecil dan dekat atau jauh.

Ketika ditemui Prince Albert II di Beijing pada tahun 2018, Xi telah menekankan, walaupun jauh lokasinya dan berbeza keadaan negara masing-masing, China dan Monaco berjaya menjalin hubungan bilateral berlandaskan prinsip saling hormat, sama rata dan menang-menang. Perkembangan hubungan ini pada lebih 20 tahun lalu telah memjadi contoh bagi negara maju dengan negara membangun yang bermotivasi inovatif untuk menghadapi masa depan.

Sebagai negara membangun terbesar di dunia, China telah menetapkan matlamat pembangunan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang menjunjung "inovatif, selaras, hijau, terbuka dan berkongsi". Sementara itu, konsep pembangunan Monaco yang menghormati alam serta sejarah dan bercirikan pembinaan bandar boleh dipelajari China. Boleh dikatakan bahawa kedua-dua pihak mempunyai ruang yang amat luas bagi kerjasama bilateral dalam ekonomi hijau, pemeliharaan persekitaran, perkhidmatan kewangan, pembangunan lestari, pelancongan dan sosiobudaya.

曹捷